Thursday, March 24, 2016

Kawan Terbang Lagi

Soghang laie membo toghabang ko nogaro ughang. Tahniah mal. Sogalo usoho ekau buahkn hasil. Skrg ko Jopun dah haa. Good Luck kek nogaro ughang tuh. Boljar lah rorjin kek sanun tuh haa. Nak poie skali takdo joki. Poie hntr ekau yolah yang mampu.

Sotiap usoho pasti buahkan hasil. ALLAH akan boghi sosuatu sotimpal dongan apo yang diusohokn. Sosungguhnyo porancangan ALLAH tuh memang tobaik.Smogo bojayo lah kek nogaro matoaghi torbit.


Wednesday, March 23, 2016

CATATAN

Kadangkala aku terfikir, suatu catatan itu amat penting dan berharga. Tapi bukanlah sekadar catatan tanpa isinya dan juga catatan yang tiada makna. Bagi aku mencatat setiap apa yang di lalui dalam hari2 kehidupan amatlah perlu.
Kehidupan di dunia ini amatlah singkat. Kita manusia hanya berada di ruang penantian yang seketika sebelum menetap di ruang yg kekal selamanya. Kehidupan kita, kita sendiri yang mencorakkannya. Jika corak itu betul pada landasannya, maka indah lah ia. Tapi jika corak itu sekadar cakaran, maka kelam lah ia tanpa warna yg menyeri dan menyinari.
Catatan atau masa kini digelar diari. Catat lah seberapa banyak kisah dan cerita yang telah dilalui dan simpanlah ia dengan rapi. Mungkin itulah yang menjadi novel mahupun penulisan yang dikaji dan dirasai dengan membayangi oleh anak cucu cicit kita nanti.
Masa akan terus berlalu. Tiada sedetik pun ia akan menunggu. Mungkin hari ini kita masih lagi ingat akan peristiwa semalam tapi esok mungkin tidak. Kita hanya manusia biasa. Sekuat mana ingatan kita pasti bila sampai waktunya, semuanya akan terlupa jua. Tapi setiap catatan yang dicoretkan di atas selembar kertas dengan sebatang pena, akan tetap kekal walau diusung usia. Dan itulah menjadi sumber ataupun faktor yang mengingatkan kita kembali akan kenangan masa lalu yang pernah dilalui tidak kira pahit mahupun manis.
Penulisan bukanlah bidangku. Tapi ianya sebagai satu tabiat bagiku. Kerana apa? Kerana aku tidak mahu melupakan kenangan yang ku lalui. Kenangan memberi aku pengajaran kenangan juga menghasilkan kematangan.
~NUKILAN PENDEK~
S.E.K.I.A.N