Monday, May 02, 2016

CORETAN YANG TIDAK DIJANGKA


Selamat Petang semua. Seriously, kebosanan. Dua hari hanya kesorangan di rumah. Hari ni pulak cuti maka itu hanya terperuk di rumah. Terdetik nak keluar berjalan tapi bila difikirkan hanya membawa kebosanan dan bukannya keriangan. Maklomlah, keluar seorang diri pasti akan menjadi manusia yang tiada destinasi. Berjalan ke sana dan ke sini tanpa mengetahui tentang apa yang di cari.

3BULAN 2MINGGU telah berlalu. Percutian yang diberi hampir sampai ke penghujungnya. Cuti yang diimpikan makin hari makin berlalu pergi. Persoalannya adakah cuti itu bermanfaat pada diri ataupun dimanfaatkan dengan penuh teliti?

Sebagai seorang pelajar pasti masa yang dikurniakan hanya di habiskan di tempat belajar berbanding dengan keluarga yang di rumah. Jadi, percutian yang lama apa salahnya jika diluangkan bersama mereka yang dikasihi lagi dicintai. Kepada mereka yang masih ada ke semuanya, hargai lah mereka yang bergelar ibu dan bapa. Kerana pabila perginya mereka, maka hilanglah stu nikmat yang berharga buat dirmu dari-NYA.

Kadang kala ,aku bersendirian. Cuba mengenangkan peristiwa yang berlaku dan telah pun berlalu bertahun lamanya. Dulu aku,ibu,ayah dan abang-abang tinggal sebumbung sebagai satu keluarga yang bahagia. Namun kini, ayah ku telah pun tiada. Tiada kerana pergi menghadap Sang Pencipta. Abang-abang pula telah selesai mendirikan rumah tangga. Maka kini hanya aku dan ibu berada di rumah yang sama. Jadi tidak lah lengkap seperti dulu lagi. Tapi setiap detik dan saat yang ada bersama ibuku akan ku hargai kerana selepas ini pasti akan ku rindui.

Pesanan dariku buat semua, selagi mana anda masih mempunyai ibu dan juga bapa, maka hargai lah mereka. Peluklah mereka, cium lah mereka dan tunjukkan lah rasa kasih dan sayang anda kepada mereka. Tidah perlu lah untuk anda malu kerana takut sampai satu masa mereka telah pergi menhadap ILAHI, barulah anda nak mnyesali. Sesungguhnya pada masa itu semuanya tak berguna lagi.

Dia IBUKU

Menyambut birthday IBUKU

Sekian coretan dariku buat kali ini.
~SEKIAN~