
Cinta. Apa itu Cinta? Cinta merupakan suatu perasaan yang sukar digambarkan dan yang pasti semua orang ingin merasakannya. Tapi ada apa dengan cinta? Cinta itu kadang kala membuatkan semua terlena. Kadang kala ianya membuatkan semua rasa bahagia. Namun jika tidak kena pada caranya, ia jugak mampu mendatangkan kecewa.
Cinta itu banyak definisinya tidak kira lah cinta kepada negara, cinta kepada harta benda mahupun cinta sesama manusia. Tapi di sini, yang amat jelas terlihat berlandaskan jelingan mata dan yang ingin ditekankan pastinya yang ketiga. Ada satu persoalan di sini, adakah berjaya sebuah cinta sekiranya hanya wujud di Sebelah Sisi?
Cinta memerlukan dua jiwa untuk bersatu. Namun ianya sukar berlaku. Kini ramai yang hanya sekadar meberikan harapan palsu.
Tidak berhargakah perasaan seseorang itu sehingga sanggup dipermainkan? Jika mahu katakan mahu, jika tidak katakanlah yang sebenar. Jangan dibiarkan pengharapan itu terus memuncak mendongak langit. Sehingga seseorang itu terus terpana dan terlena dengan bayangan serta lakonan yang menggegarkan jiwa. Mungkin dia bukanlah sesiapa, tapi dia juga punyai hati dan juga jiwa.
Akan tetapi, pernahkah kita terfikir adakah layak untuk kita mendapatkan cinta manusia? Bukan apa, cuma sekadar bertanya. Ada kalanya seseorang itu turut terfikir, mengapa cinta itu tidak pernah hadir? Tidak layakkah baginya untuk merasakan cinta manusia?
Jawapannya mudah dan mungkin akan dikatakan klise. Bukan niat untuk memerli tapi untuk mengingatkan pada diri sendiri. Sejauh mana letaknya cinta kepada manusia sedangkan cinta kepada yang ESA dibuat alpa. Setinggi mana kasih kepada yang bernyawa, sedangkan kasih kepada pemiliknya diletak rata.
Jadi, masih layakkah kita untuk mendapatkan cinta?
Tuhan itu tidak kejam. Dia mengetahui setiap apa yang dirasakan hambanya. Setiap apa yang diinginkan hambanya. Tapi mungkin masanya belum tiba. Namun jika ianya tiba, pasti kebahagian menjadi milik semua.
Kita adalah manusia dan kita juga adalah hamba. Allah itu maha kaya maha memberi segalanya. Ingatlah satu kata, bahawasanya "Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang .baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik." (Qs. An Nur:26).
Jadi, jangan lah takut akan namanya Cinta Sebelah Sisi. Anggap lah ia hanya sekadar mainan di alam mimpi. Walau ianya realiti, jadikan lah ia sebagai satu kenangan serta pengalaman yang mematangkan diri.
Berakhirlah nukilan buat kali ini.
~SEKIAN~
No comments:
Post a Comment